Monday, January 30, 2006

Pilihan

"Life is about making choice"

Antara quote yang aku pegang sejak beberapa tahun kebelakangan ni. Setiap apa yang berlaku, aku sentiasa berfikir apa pilihan yang aku ada dan sejauh mana keberkesanan setiap pilihan yang aku buat.Quote ni jugak membuatkan aku berfikir yang aku akan sentiasa ada pilihan.

Kadang kadang ada jugak pilihan yang aku buat tu tak seperti yang dijangka, tapi sejauh mana jangkaan kita? Tapi selalu jugak terjadi bila aku sedar pilihan yang aku buat tak berapa tepat, aku cuba buat bagi nampak elok dan sesuai untuk sedapkan hati.

teringat iklan DiGi masa aku tingkatan 3 dulu..
"theres no turning back.."

Bagi aku, kita mampu buat pilihan yang sempurna kalau kita dapat berfikir secara rasional tentang pilihan yang bakal kita buat.

Actually, sesaje jer nak luahkan apa yang aku terfikir sebab seharian hari ni aku banyak buat pilihan ikut naluri hati jer. Hati tergerak buat tu, aku buat terus. Saje layan kehendak hati.

termasukla yang last sekali gua sprint ngan sebijik Gen.2 tadi..heh heh

Oleh itu, apa pilihan anda buat masa ini?

Aku memilih untuk cuba tanak tido & start revision untuk upcoming test..

"I chose to stay awake rather than sleep without a dream.."

Tuesday, January 24, 2006

Kurang Ajar

Sebuah perkataan yang paling ditakuti
Untuk bangsa kita yang pemalu.

Sekarang kata ini kuajarkan pada anakku;
Kau harus menjadi manusia kurang ajar
Untuk tidak mewarisi malu ayahmu.

Lihat petani-petani yang kurang ajar
Memiliki tanah dengan caranya
Sebelumnya mereka tak punya apa
Kerana ajaran malu dari bangsanya.

Suatu bangsa
tidak menjadi besar
Tanpa memiliki sifat kurang ajar.
Allahyarham Usman Awang
maksud mendalam..
mungkin lain orang, lain intepretasi
fikir sendiri..

Tuesday, January 17, 2006

Sesaat tension dihati..

Take Note!
aku tak suka..
  • dengar cerita yang terang terang aku dah cakap tak minat
  • orang yang sebok2 ambik tau hal orang lain
  • orang yang taknak/susah sangat nak terima cadangan orang lain
  • orang yang rasa macam bagus,dia je yang betul,orang lain sumer salah
  • orang yang suka gunakan kelemahan aku
  • orang yang ter'over' sensitif
  • orang yang belagak macho sampai tanak bercakap langsung..cess..cambes jer
  • orang yang berkira
  • orang yang tak fikir perasaan orang lain
  • orang yang cari aku bila susah jer
  • ungkapan "lu punye gua punye, gua punye gua punyela"

Gaduh lagi..

Aku kalau marah, tak suka bising bising
aku buat tatau jer
aku diam, jalan..

Tapi dia bukannya selalu paham yang aku marah..
dia buat selamba jer
alasan..
tanak layan orang marah..nanti dia lagi marah..

Great!
Kalau macamni..aku lagi marah+tension..

susah betul jadi 'aku' ni..
susah nak cakap apa yang aku tak suka,
takut orang kecik hati..
bila aku macam ni,
aku sangat sangat berharap ada manusia yang boleh faham aku

"ohoo..dia marah.."
"ohoo..dia tak suka macam ni"

boleh ke macam tu?
hmm..sapela yang boleh faham aku..

Monday, January 16, 2006

Sabau je la yob..

Have you wondered how its feel when its all over
Wondered how its feel when you just have to start a new
Never knowing where you going,
When you faced a brand new day
And used to be that way,
Now i just close my eyes and say

I just want to breathe again
Learn to face the joy and pain
Discover how to laugh a little, cry a little, live a little more
I just want to faced the day
Foget about the worse of yesterday
Maybe if I hope a little, try a little more
I'll breathe again

Starting out again is never easy
Dissapoint once come and go, but lifes still move on
With a bit of luck, its a brand new start
That might just work my way
No need to walk away
Don't want to live the lifes replay

I just want to breathe again
Learn to face the joy and pain
Discover how to laugh a little, cry a little, live a little more
I just want to faced the day
Foget about the worse of yesterday
Maybe if I hope a little, try a little more
I'll breathe again

Things will work out fine
If you can find the courage to look past the night
To see the break of dawn

I just want to breathe again
Learn to face the joy and pain
Discover how to laugh a little, cry a little, live a little more
I just want to faced the day
Foget about the worse of yesterday
Maybe if I hope a little, try a little more
I'll breathe again

Breathe Again-Juwita Suwito


huhu..
banyak betul dugaan sekarang ni..
Jumaat lepas,
Satu satunye tunggangan harapan dah meng'hilang'kan diri.
Motor roomate aku..

Tatau la ape la sengal sangat pencuri tu..
nak cakap motor tu motor baru, tak jugak
dah bekarat sana sini,
harap bole jalan pegi kelas je..
nak jalan jejauh sikit pon kitorang kecut perut
takut tebarai tengah jalan.
Yang elok sikit pon, seat jer la..baru seminggu tukar
sengal ayam sungguh..

yang lagi bestnyer,
hilang kat masjid
masa sembahyang jumaat.

Hish..
laknat sungguh pencuri tu..
kalo kena panah petir time bawak motor tu,
sesia je idup..

so.. harini,
dengan penuh shahdu,
di pagi yang hening..
kitorang bedua menapak la pegi kelas..

dengan hati ikhlas membisu,
mulut terkedu,
kaki naik kematu..
huhuhu..

aku tak kisah..
dah biasa..

Wednesday, January 11, 2006

Mimpi

Betul ke setiap mimpi tu ada maksudnya? tapi bagi aku mimpi ni mainan tidur jer. Tapi ada jugak segolongan manusia yang sangat sangat percaya yang setiap mimpi tu adalah membawa alamat pada apa yang akan berlaku dalam hidupnya

Malam semalam aku mimpi. Aku kat kampung, rumah atuk. Ramai orang sekeliling macam ada kenduri. Actually aku tak kisah sangat yang tu. Yang aku kisahkan, ada satu scene aku berjalan dari atas rumah, turun kebawah dan terserempak dengan arwah bapak. Dia toleh, dia nampak aku, dia senyum kat aku, aku sengeh. Pastu dia tanya..

"Abang ada duit lagi tak?"

aku macam biasa la..dengan sengeh bak kerang busuk..

"ade la cikit..tapi kalo nak bagi pon takpe jugak.."

"nah..ambik ni.."

Lepas tu dia senyum lagi..

Dan lepas tu aku tesedar..
Dah subuh..
erk..apasal tanya ada duit plak eh?

A few weeks before pon aku ader gak mimpi 2-3 kali pegi makan reramai ngan arwah bapak. Exactly macam selalu masa arwah hidup lagi..Pegi makan kat Bidara..

Bila aku fikir fikir balik..
Rindu la agaknya aku ni..
hmmm..

Gelak sorang sorang

Pernah tak korang tegelak sorang sorang sampai orang keliling pandang?

Aku pernah.Banyak kali jugak. And the latest one, semalam masa one the way balik JB, dalam bas.

Citer die gini,
A few days before aku ajak aku nyer homies gi main futsal. Deorang diam je. Aku ingat dah tak jadi sebab 'encik adam' tak cakap ape ape. Tapi malam semalam, dalam pukul 9 gitu, deorang call, bagitau soh turun segambut, main futsal. Aku cakap la aku dah balik JB. A few minutes later, i've got an SMS...


"Sampai hati kau Ujan..Kau bagi kitorang harapan tapi kau hancurkan harapan tu..Ape salah kitorang Jan..Luluh hati ini Jan, luluh..! Sanggup ko permainkan kitorang.. Ah..! zaman ni lelaki memang tak boleh dipercayaai..Ari raye pulak ko bohong..Yang benar..Insan Kecewa"


memang dari hati yang ikhlas, aku tegelak kuat giler..abis sumer orang keliling pandang..

Nasib baik aku gelap..sure tader sape nampak muke aku blushing..hehe..


p/s: Tambahan...
aku jumpa dalam friendster..

Berani ko mempermainkan perasaan kami tatkala kami
menyangka
orang-orang
yang telah diseru untuk
dikumpulkan untuk bermain futsal
telah lengkap....

Mesej yang berbaur ' Nak, tapi ko kene amik aku'
sangat-sangat
menggembirakan hati kami dan seluruh
kumpulan yang
lain, tanpa menyagka
terdapat mesej
lain yang tersirat disebalik skrin
kedua hp Capik....

Kami menyangka ojan akan main sehinggalah kami
sampai ke rumah ojan
dan memanggilnya, lalu
adiknya keluar
memberitahu ojan da balik ke JB.

Lalu dengan pantasnya kami membaca
semula mesej
yang di hantar oleh
ojan kepada Capik dimana
terdapat
ayat sambungan di skrin atau helaian
kedua bebunyi
'amik aku kat JB lar,
skang aku ngah on the way
nak
gie JB. Kim salam aku kat bebudak lain'

Disaat kami membaca mesej ini
hati kami semua
tersentak dan
tidak menyangka sama sekali ojan
akan
mempermainkan kami setelah lebeh
kurang 5-10
tahun berkawan dengan kami....

Ianya seolah-olah
menghancurkan semangat kami
untuk bermain futsal
sehinggalah paLee
Ballack
datang menyelamatakan keadaan yang genting ini....

Kepada
ojan diingatkan agar tidak menjawab sambil
lewa mesej yang
dihantar
berkaitan futsal ini
kerana ianya adalah satu perkara yang serius
dan
boleh dibawa ke ISA jika didapati berrsalah....

Ini kerana ianya
hampir mengorbankan harapan kami
untuk bermain futsal pada hari raya
korban...

Kalo boleh jawablah secara tulus dan ikhlas seperti
'Tak
bleh arrr, aku da balik JB ari nie'

Perkara hari nie amat
mengecewakan
pihak
pengurusan futsal kami dan berrharap ia menjadi
teladan kepada
semua pihak.....

Sekian

nukilan dari
kesebelas pemain futsal
yang bermain
pada hari selasa jam 10.00 malam di
NEWSTAR futsal
centre...

Sori la beb..
aku dah cakap ape..
sape soh tak bace bebetul..
kan dah silap paham..


Sunday, January 08, 2006

Sahabat

"aku nak balik KL ni..Kau nak follow tak?"
"kau sampai KL nanti balik selayang camner?"
"balik sendiri la.."
"aku ambik..aku ambik.."
"aik?..kau kat mana ni? bila ko balik KL?"
"heh..nanti la aku citer.."
"weh..apasal ko ni?"
"nanti laaa aku citer.."

* * * * *

"haa..skang citer kat aku..apasal ko balik awal..ader problem ke?"
"aku dah kene buang.."
"haa?..apasal..? teruk sangat ke pointer ko tu?"
"ntah la..aku pegi jumpa TDA aritu, dier cakap dah takleh tolong dah.."
"abis tu ko tak tanye pape dah? ko blah camtu je?"
"Die dah halau..aku blah je la.."
"abis..ko nak buat ape skang?"
"aku nak keje aa.."

Memang aku terkejut. Aku taktau pulak yang fakulti kat UTM ni pakai prosedur berbeza. Setau aku, kalau ikut fakulti aku, kalau pointer student teruk sangat, dia akan direhatkan 1 semester dulu. Pastu diberi peluang 1 semester. Kalau kantoi gak, baru tendang. Ni tak, takde warning tader ape, tau tau..'babai'..

"Nanti dulu..aku tanak ko abis macam ni jer. Kau cuba la apply memana. Tak kisah la. Poli ke ape ke..Janji ko blaja lagi. Jangan give-up macam ni jer. Mungkin luck ko tader kat UTM, tapi mana tau ko leh perform better kat tempat lain. Ok, camni la..aku try tanya kat lecturer aku camne nak transfer masuk UTM KL wat diploma. Aku penah dengar kes camni, deorang transfer kredit ke program diploma. Mungkin kau pun boleh buat camtu jugak. Aku rasa next intake bulan 6 ko leh join skali. Skang ni ko kejer aa dulu memana. Cari duit baya hutang PTPTN. Kalau ader lebih, buat saving. Buat la macamana pon. Tapi yang aku tau..aku tanak ko berenti blaja"

huh..aku pon tak sangka aku bleh berleter camtu skali.Dia diam je. Mungkin tekejut dengar aku berleter. Mane taknye..member yang pendiam (ecece..) dah berleter..panjang plak tu..

Tapi memang ikhlas dari hati, aku tanak dier give up blaja camtu jer.
Ikhlas sebagai seorang sahabat..

'Sahabat..Aku taktau apa masaalah kau.Aku taktau apa perasaan kau,sebab kau tak pernah cerita semua tu. Tapi aku tau kau ada masaalah.Aku tak kisah ape masaalah kau.Yang aku tau aku nak kau bangun, terus belaja. Gagal sekali bukan bermaksud gagal selamanya. Tapi bagi aku kau tak gagal.Kau tak mungkin gagal. Gagal hanya bila kau tak bangun dan give up. Mungkin sini bukan tempat kau. Rezeki kau tak ada kat sini. Aku taknak ada antara sahabat sahabat aku tak kemana. Percayala sahabat. Kau boleh. Kalau kau susah, ada masaalah aku sentiasa ada kat sini. Aku cuba apa yang termampu'

Monday, January 02, 2006

Kuasa

Jika anda diberi peluang memilih,
Kuasa atau wang,
mana satu pilihan anda?

saya pilih wang

secara spontannya anda mungkin akan memilih kuasa kerana secara spontan, akal manusia akan berfikir bahawa melalui kuasa, kita boleh peroleh wang

dan mungkin juga secara spontan anda akan menyifatkan saya sebagai mata duitan.

Kenapa saya pilih wang?

kerana apabila diberi wang, wang itu milik mutlak saya

Jika anda memilih untuk memperoleh wang dari kuasa yang ada,
itu dinamakan salah guna kuasa. Kuasa datang in bundle dengan tanggungjawab.
Jika anda ada kuasa, maka anda harus laksanakan tanggungjawab anda.

Ingat senang ke pegang tanggungjawab?

Pandai pandai la kau tanggung, pandai pandai la kau jawab.

Apa kata anda?

Current reads:
The Best Laid Plans
by Sidney Sheldon

Best Picture of The Year






















































Ni la antara himpunan gambar yang aku tangkap sepanjang tahun 2005
Nak cakap best pon, takdela best sangat
tapi aku suke gambar ni sumer
ade lagi sebenarnye, tapi tetiba hilang plak dier dalam pen drive .
so, ape yang ader je la

Rasanya tak terlambat lagi untuk ucapan selamat tahun baru untuk semua..