Thursday, August 30, 2007

Chiesst...


Gaya terjunan tiruk sorang warga emas bangsa itali..


Gaya terjun bebas terpaksa gua..chilake punya orang tua..


"Jump?" Dia tanya..
"Nope.." Gua geleng geleng kepala..
Dia terjun tiruk gaya ala ala atlit sukan olimpik..
Kagum semua tengok..
Lepas tu dia naik balik kat rumah api tempat gua duduk besantai tu
"Look at me..Jump like this..."
"No..nevermine..I just want to sit here.."
Dia terjun lagi..
dan dia naik balik..
"This time you really have to jump..don't worry..I'll teach you"
"But I..." tak sempat gua nak abis cakap, dia tarik tangan gua.. dah macam nak dukung gua plak..
"Ok..Now..Jump!"
gua pon dengan semangat yang die bagi tu, dengan beraninye gua cuba terjun..
Tak jadi tiruk..
perut gua sampai air dulu..
Senak sekejap..
Gua naik naik kat air..semua pakat gelak..
Chilake sungguh..
You drop my water face lah

Thursday, August 23, 2007

last post of the week..confussed



For the whole of my life,I'm trying to be the best. Best of myself, best to anyone.. but it seems that the best is not good enough, and it's really makes me feels bad, useless. So maybe the best thing is to sit down and keep quiet..and feel in the silence..

Monday, August 20, 2007

Hujan - Bila Ku sUdah Tiada..




Bila aku sudah tiada,
simpan semua laguku
jangan ditangis selalu
mungkin itu sementara
bila jumpa penggantiku
jangan dilupakan aku..


ahahaha..
bes plak layan lagu Hujan neyh...

Saturday, August 18, 2007

Gua dikacau..

Makhluk betuah tersebut. Misai panjang hidung kontot


Inilah cara makhluk tersebut menggangu gua yang tengah study untuk test


"lu fikir lu kiut lu boleh kacau gua?..."


Cubaan menggangu dengan kejam. Dia peluk pensel gua beb..camne gua nak stadi ni?



Muka tak pueh ati makhluk tersebut selepas gagal menggangu gua.


tindakkan agressif makhluk berbulu lebat.
"Lu ingat kaki gua ayam goreng kunyet ke beb?"


Ahahaha..
Inilah buah hati baru gua..
gua pon taktau kat mana dia selalu lepak..
gua tak penah nampak pon sebelum ni
tapi tau tau satu hari tu,
dia masuk bilik gua, dia lompat atas peha gebu gua.
(bukti tak boleh dipamerkan atas sebab kegebuan melampau)

gua punye roomate dah angkat penyapu nak hambat dia.
ahaha muke je macho, tapi geli kat kucing..aparaaa..

nasib baik gua baik,
gua layan jer hot chick sekor ni..

boleh la..
janji
lu tak kencing dalam bilik gua..

Wednesday, August 15, 2007

untuk hari ini..

pernahkah kau rasa..
kehilangan

disaat kasih kian menebal
disaat hati memaksa suatu pelukkan
disaat jiwa meronta agar mulut bicarakan kasih.
juga pada setiap detik itu, ego membataskan segalanya.
lalu peluang itu diabaikan..

dan tanpa kau sedar,
peluang itu tidak datang kembali.
tiada lagi

dan mungkin ketika itu,
kau berfikir
alangkah baiknya jika setiap detik itu kau hargai
alangkah eloknya jika setiap saat yang berlalu boleh diputar kembali.

masa
namun ia tetap akan pergi.

pernahkah kau rasa..
kehilangan.


Jodoh, pertemuan & ajal itu nyata milikNya
Subahanallah..

Aku berhenti berharap
dan menunggu datang gelap
sampai nanti suatu saat
tak ada cinta kudapat

Saturday, August 11, 2007

Flow Chart of Ur Personality?



hahahaha...
bleh nampak ker?

Sunday, August 05, 2007

Stolen from Aida

Jika kamu memancing ikan....
setelah ikan itu terlekat di mata
kail, hendaklahkamu mengambil terus ikan itu....
janganlah sesekali kamu lepaskan ia
semula ke dalam air begitu sahaja....
kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata
kailmu dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih
hidup.

Begitulah juga setelah kamu memberi
banyak pengharapan kepada seseorang...
setelah ia mula menyayangimu hendaklah
kamu menjaga hatinya....
janganlah sesekali kamu terus
meninggalkannya begitu
sahaja....
kerana dia akan terluka oleh kenangan
bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan
segalanya selagi diamengingatimu. ...

Jika kamu menadah air biarlah berpada,
jangan terlalu mengharap pada takungannya dan
janganlah menganggap ia tegitu teguh....
cukuplah sekadar keperluanmu. ...
Apabila sekali ia retak....
tentu sukar untuk kamu menampalnya semula....
akhirnya ia dibuang....
sedangkan jika kamu cuba membaikinya
mungkin ia masih boleh digunakan lagi....

Begitu juga jika kamu memiliki
seseorang terimalah seadanya....
Janganlah kamu terlalu mengaguminya
dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa....
anggaplah dia manusia biasa.
Apabila sekali dia melakukan kesilapan
bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. ...
akhirnya kamu kecewa meninggalkannya.
Sedangkan jika kamu memaafkannya boleh
jadi hubungan kamu akan berterusan hingga ke akhirnya....

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi...
yang kamu pasti baik untuk dirimu.
Mengenyangkan.
Berkhasiat.
Mengapa kamu berlengah, cuba mencari
makanan yang lain..
Terlalu ingin mengejar kelazatan.
Kelak, nasi itu akan basi dan kamu
tidak boleh memakannya.
Kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu
dengan seorang insan.....
yang kamu pasti membawa kebaikan
kepada dirimu.
Menyayangimu. Mengasihimu.
Mengapa kamu berlengah, cuba
membandingkannya dengan yang lain.
Terlalu mengejar kesempurnaan.
Kelak, kamu akan kehilangannya apabila
dia menjadi milik orang lain
Kamu juga yang akan menyesal....

hmm..
Points well taken