Thursday, November 29, 2007

she sent this to me,a long time ago..

Jika kamu memancing ikan, setelah ikan itu terlekat di mata kail,hendaklah kamu mengambil terus ikan itu. Janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja kerana ia akan sakit. Oleh sebab bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup.

Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang, setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya. Janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu. Mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu....

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh. Cukuplah sekadar keperluanmu. Apabila sekali ia retak, tentu sukar untuk kamu menampalnya semula. Akhirnya ia dibuang sedangkan jika kamu cuba membaikinya mungkin ia masih boleh digunakan lagi.

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terimalah seadanya.Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa, anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan kesilapan bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya akhirnya kamu kecewa meninggalkannya. Sedangkan jika kamu memaafkannya boleh jadi hubungan kamu akan berterusan hingga ke akhirnya....

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, dan cuba mencari makanan yang lain? Terlalu ingin mengejar kelazatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan yang kamu pasti membawa kebaikan kepada dirimu. Menyayangimu. Mengasihimu. Mengapa kamu berlengah, cuba membandingkannya dengan yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu akan kehilangannya apabila dia menjadi milik orang lain.Kamu juga yang akan menyesal.....

Wednesday, November 28, 2007

Ikhlas


saat dunia berhenti berputar
saat manusia tak sanggup lagi berharap
ketika mentari tak sanggup lagi berjanji
menyinari dunia yg tlah kau singgahi

mampukah kau untuk berbagi
tanpa hasrat ingin diberi
di hadapanNya
di hadapanMu ya Allah

sesungguhnya manusia takkan bisa
menikmati surga tanpa ikhlas di hatinya
sesungguhnya manusia takkan bisa
menyentuh nikmatnya tanpa tulus di hatinya

Tuesday, November 27, 2007

Dua sejoli..



Abang : merpati dua sejoli..
Emak : eh..tu bukan merpati la..
Abang : abistu ape, merak? nuri? garuda?
Emak : burung..isk...ape nama burung tu ek..alaa yang ade telur tu..
Abang : ooo..puyuh?
Emak : haa..puyuh..
Abang : oohoo...

bukan sumer burung betelur ke?
lain la orang..
bukan semua orang bertelur..

huhu..

New template.Back to basics..

I've changed the template.
Back to the basic.
Back to the real me.
Whitey white..
My favorite color actually.
Plain, light, clean and easy.

Monday, November 12, 2007

Pagi yang Hening

Awal sangat gua sampai.Pukul 8.30 pagi baru.2 jam lagi kena tunggu.Tatau nak buat apa
kosong je rasa.Tak cukup tido gamaknya..

Kepala pon rasa pening pening sikit. Perut pon lapar. Kaki pon penat. Berhimpit himpit dengan orang yang berkejar kejar nak pergi kerja dalam komuter.

Gua lepak satu kedai makan.Dok kat tingkap atas.Tempat kegemaran gua.Tepi tingkap sebab gua suke tegok orang lalu lalang.



Intai sikit kat tingkap..Macam macam jenis orang ada kat sini. Ade yang serabut semacam jer. Ade yang smart bergaya.Nak pergi kerja gamaknye.Dok ngan DSLR neh pon bes gak. Ingat nak tangkap sebijik bile ada duit lebih nanti.




Tetiba dia datang, senyum senyum.
Memula gua tengok jer. Sweet gak muka dia. Pada pandangan aku la. Lama jugak aku perati die.kejap kejap, senyum sorang sorang. Maka aku yang nakal neh mem'praktik'kan kenakalan aku.







kejap kejap dia menung. Apa la yang dia fikir tu..
Nak je pegi berkenalan..
err..cam berani jer.



Tetiba dia bangun. Pegi public phone.
Err.. Handphone takde kredit ke dik?

Tapi sweet jer muka dia time neh..
ahahahaha..teramat la nakal aku neh..

harap harap la ko tak tau blog aku neh..
mati aku kang..





Tapi time neh aku rase dia dah tau aku tangkap gambar dia. Dia dah start mengelak elak. Pastu aku nampak boyfriend dier datang..

ahahahaha..
baik aku blah..
kang tak pasal pasal jer makan penumbuk kang..
hahahahaha..
CABUT!