Monday, April 11, 2005

....cukuplah untuk hari ini

kemahuan dan keperluan..
dua perkara yang berbeza

Kemahuan tidak semestinya keperluan
Tetapi selalunya keperluan adalah kemahuan

Tetapi ramai yang anggap kemahuan adalah sesuatu yang perlu..

Oleh itu...
jika sesuatu kemahuan tidak tercapai,
mungkin itu bukan keperluan bagi-Nya keatas kita,
atau belum sampai masanya..

kerana..

Setiap yang berlaku itu ada hikmahnya..

* * * * * * *

Baru aku seadar...
selama ni..
bila marah atau dimarah..
aku lebih suka berdiam diri atau mengasingkan diri

kadang kadang aku rasa macam aku ni mengelak dari menghadapi masaalah..

Tapi sebenarnya..
bagi aku,

Bersabar adalah cara yang paling baik
Mungkin dalam hati sebakul maki hamun
Tapi yang penting aku tak nak sakitkan hati sesiapa

bagi aku jugak..
sabar itu ada hikmahnya..
walaupun lambat..
walaupun ia menyakitkan..
aku percaya..
ada hikmahnya..

kalau aku lari atau mengasingkan diri..
itu tandanya..kesabaran makin kurang..
itu tandanya..aku cuba tahan kemarahan..

aku manusia biasa
kadang kala kurang sabarnya..

aku Ok..
cuma pemikiran sebelum tidur..
a bit 'mamai' i think..

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home