tak-ber-tajuk
Kalau kau masih muda remaja
Senangkanlah hatimu
Kerana pohon pengharapanmu masih subur
Dahan dahannya masih rendang dan rimbun
Tujuan untuk kenang kenangan masih jauh
Sebab umurmu masih muda
Mudahlah bagimu menjaidikan mimpi menjadi kenyataan yang sebenar
Kalau kau sudah tua
Senangkanlah pula hatimu
Kerana kau telah terlepas dari medan pertempuran dan perjuangan yang sengit
Sedangkan kau telah memperoleh beberapa ilmu yang berguna didalam sekolah hidup
Kau telah tahu firasat
mengerti gerak geri manusia
Dan tahu kemana tujuan jalan yang ditempuhnya
Oleh sebab itu,
Segala perkerjaan yang kau kerjakan itu
Kalau kau suka,
Lebih banyak akan membawa faedah
dan lebih banyak tersingkir daripada bahaya
Satu detik daripada umurmu di masa tua,
lebih mahal harganya daripada bertahun tahun di zaman muda
Sebab semuanya telah engkau lalui dengan pandangan yang terang
dan pengalaman yang pahit.
Al-Anisah Mai
Tasawwuf Moden
Prof. Dr HAMKA


0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home