Friday, February 18, 2005

Tensen tensen tensen.....

"Untuk budak tahun satu jer?,takleh amik taun depan ker..nak grad nanti ker"
"A'ah...offer untuk budak tahun satu jer..time ni jer kamu boleh ambik subjek ni"
"Wajib ambik ker sem pendek ni ?"
"Tak ambik pon takper.."
"Ohoo..takyah amik la camtu..subjek cuti lagi best hehe"
"Memang takper pon..tak grad jer!"

Bagero...
aku tengah hangin satu badan,
dier leh wat lawak bengong lak kerani fakulti neh..
aku bakar fakulti ni kang..

Abes planning aku nak gi Terengganu cuti 3 bulan ni..
dah berangan dah lepak kat umah Apis..
dok kat tepi pantai sambil makan kopok lekor mak dier buat..

Pluppp!
pecah belon berangan...

Dah la kene paksa
kena bayar plak tu..

Takleh ke universiti sponsor?
Ala...berapa kerat sangat student mekanikal tahun satu ni..
Bayarkan yuran semester pendek tu pon jadi laa..
Beli kapal terbang scrap ratus ratus ribu..
pastu wat display jer kat luar bengkel aeronautik..
datang ribut..gugur satu satu..
ape kes?

ade ker kapalterbang gugur sayap pasal kene angin kencang..
takde la kencang sangat..
kencang mana la sangat angin kat Malaysia ni..

Yuran mata pelajaran=Rm 45/kredit x 2 kredit = RM 90
Yuran perkhidmatan = Rm 110
Yuran kolej+makan minum+berpoya poya+belanja awek's=Rm??

aku ader awek ker?

adeh..nasib baik scholar JPA tu banyak lagi..
Camner la nasib member kengkawan yang pakai Loan PTPTN ngan scholer FAMA..
sure tengah fenin kepala sekarang..

* * * * * * * *

Jumpa Pn Hanim tadi..
Time aku masuk bilik dier..nampak cam busy,buat soalan final kot..

"semekom..."
"haa..fawzan...dah lama tak nampak..masuk masuk.."
"Tak kacau ke ni puan..nampak cam busy jer tadi.."
"Eh.. tak tak..saye tengah boring tadi ni..tengok nota zaman saya belajar 20 tahun dulu..nak kene mengajar biochem pulak...Banyak yang dah tak ingat..dah karat abes dah"

Boring ke tu?

Kalau borak ngan Pn.Hanim..tak 1-2 jam tak sah..
dari cerita fakulti sampai la cerita alam semesta..
complete..
stok 2 bulan tak jumpa

Pn Hanim ni best..
caring..
suke melayan..
banyak cakap sket!
Sikit sikit cam mak..

Badan pon bulat cam mak..hehehe

Kenal Pn Hanim pon pasal dier ajar aku subjek Kimia masa tahun asas..
Kira budak budak kelas aku masa tahun asas dulu memang kamceng abis la dengan Pn. Hanim ni..

Masuk first year pon aku berguru subjek Thermodynamics ngan dier
Dr.Karim

"Ahmad Fawzan mana?"
"Saye!"
"Ohooo..ni la bekas student isteri saya dulu ni"
"alerk!"

hehe..tu takper lagi..dari..
"Ohoo ni la anak Pn Dahniar ni. Dah kenal senang la ..kalo tak siap kerja..terus bagitau mak kamu jer"
hancus!

"Kalau tak cukup duit datang la jumpa saya"
adeh..ni yang segan ni..


* * * * * * * *

From: 1999111

(WJK 1458) Anda mempunyai (1) saman sehingga
17/02/2005 21:00. Sila jelaskan di kaunter PDRM
terdekat. T/Kasih

WJK1458 KUALA LUMPUR 2-Y096659 11/02/2005
19:10:00 KESALAHAN T/PINGGANG KELEDAR
RM 70

Tensen tul..
Asal nampak budak pakai keter besar sikit mesti naktahan,
cari salah..
Tahan tepi..
Check abis satu kereta..
macam aku ni smuggle benda haram jer..

"Ya encik.."
"Meh i/c ngan lesen"
"Nah..apa salah saya encik..?"
"Tak pakai seatbelt.."
"Ni kan tengah pakai ni.."
"Saya nampak awak tak pakai tadi..bukak bonet"

alerk ..kantoi pulak
memang aku baru pakai jer seatbelt tu..
selalu masu keter..kuar jalan besar..tangan otomatik jer tarik seatbelt tu..
tapi pasal time kuar jalan besar tadi..tangan sebelah pegang steering..sebelah pegang roti..
lapar la dowh..

kalau ader satu lagi tangan..sure tangan tu dah tarik seatbelt..

nasib baik tader offence eat and drive..
kalo tak sure dapat 2 helai surat chinta..

"ye..encik cari apa dalam bonet tu?"
pastu dier terus tutup bonet..
aku takut dier taruk benda bukan bukan jer..

"kalau tanak kena saman nak wat camner ni"
"ntah..tapi saya betul2 mintak maaf la encik..saya tak perasan saya tak pakai seatbelt"
"abistu macam mana ni...?"
"macam mana aper"

mintak duit bawah la tu..
tanak aku..
sape nak jawab kat akhirat sok?

endingnyer aku dapat satu surat cinta dari brader tu...

"taruk no polis encik sekali ek..terang2!"
"awak nak buat apa no saya?"muka sikit cuak..
"sesajer..kalo ader ape ape hal.."
"bapak awak kerja apa?"
"pencen!"
"mak?"
"cikgu jer!.."

Pastu dier terus blah tak tanya apa dah..

aritu
aku gi jumpa bapak zul..settle sumer neh..
terbang la RM70..
tapi..kes mintak duit bawah tu..bapak zul settlekan..
Tu yang best ader kabel Polis Bukit Aman...

Tuesday, February 15, 2005

Al-Fatihah..

Aku taktau nak cakap apa..
Takleh tipu..
sedih tu memang ada la..
aku tau tu ketentuan-Nya..
dah sampai masa dia pergi..
Tuhan sayangkan dia..

Aku betul betul rasa macam mimpi..
aku dapat sms subuh semalam dari Afzan..
Dia dah pergi..

* * * * *

"Fawzan..camner kite punye group discussion ni..ko yang point aku jadi chairperson kan? ko kene tolong aku buat ayat"
"lah?..kan ko ex-sultanah asma dulu..bukan ko terror BI dari aku ker?"
"mana ader!"

aku mula rapat dengan dia masa satu group untuk discussion kelas bahasa inggeris time Tahun Asas dulu..dah lama dah aku sedar dia dalam kelas aku..tapi tak berani nak tegur je..aku ni pendiam & pemalu kan?(agaknye la kot)
lagipon time tu..dier selalu ngan pakwe dier..
nak tegur?
nak kene bunoh?
hehehe..

* * * * * * *
"aku kat balai cerap nih..lawa siot..leh nampak singapore..huhuhu"
"eiii..best nye..aku tak penah pegi sana.."
"ko nak pegi ker? nanti aku bawak nak?"
"jalan kaki ker..taknak laa..jauh laa.."
"aku sewa kereta laa...kite cutting bayar leh?'
"nak nak!"

* * * * * * *

"eii..serious ko nak bawak aku pegi balai cerap ni?"
"laa..serios la...aku dah sewa kereta ni..japgi aku sampai kat blok ko..jgn tak turun pulak"
"ok ok...hehehe..bestnyer"..

* * * * * * *

"eh..fawzan..ko nak bawak aku pegi mana ni.."
"laa...kalo nak tengok view yang paling lawa..atas bangunan ni laa.."
"isk macam rumah hantu jer aku tengok"
"bangunan ni bangunan tinggal laa"
"eiii...lawa nyer..."
"kan aku dah cakap..lawa kan?"

* * * * * * *
Masuk first year UTM..aku satu kelas lagi dgn dia..satu course..mekanikal bahan..
Time neh..aku makin baik dengan dia..
Tu pon pasal dia selalu tanya kat aku pasal statik..

"fawzan..ajar aku statik..aku tak reti la..ko kan terror statik"

"Fawzan..kasut baru eh?..matching la ko pakai kasut neh"

"fawzan..jom pi makan kat CP...aku belanja"

"Fawzan..teman aku pi jumpa En Shahid.."

ntah...aku rasa banyak jugak kenangan aku ngan dia...
Aku leh bayangkan lagi mimik muka dia
masa dia gelak tak ingat pasal si Lai tarik mashi maro kat beg aku sampai aku pon tertarik sekali time tahun asas dulu..
masa dia keluar dari masjid sengih2 nampak aku yang dah lama tunggu dia..
masa dia menaggis pasal kena tegur ngan En Shahid pasal carry mark statik rendah,
masa dia cakap kat aku mak dia offer nak anta aku balik kolej,

last sekali aku jumpa dia masa dia tanya aku pasal soalan statik..kat depan library FKM..
aku rasa la...tak baper ingat..

tekejut jugak dulu masa budak budak perempuan bagitau kat aku..dia pengsan depan bilik..
aku called dia..gastrik katanya..dokter masuk air kat dia...

lepas tu aku terkejut lagi masa budak2 ni cakap..
dia takleh makan..kalo makan jugak..nanti muntah balik..
esoknyer dia masuk hospital JB..
parents dia datang dari kedah..
lepastu bawak dia balik..
dia dinasihatkan mintak cuti satu semester..

* * * * * * *

"bila kau nak balik utm?.."
"kenapa? kau rindu kat aku ker?"
"a'ah..memang aku rindu pon.."
"yela tu ko rindu kat aku"

* * * * * * *
pastu aku main sms jer ngan dia..

"get well soon..nanti aku belanja ko lunch keh?"

lama jugak aku tak dengar berita dia..
ada la dua kali aku try call dia..mak dia yang jawab..
pastu aku dah tak call dah..
segan ngan mak dia..

* * * * * * *
"Fawzan..kenapa takde sape pon yang bagitau kat saya, ayah dia pensyarah kat sini dulu?"
"En.Shahid..dia dah meniggal..saya baru dapat sms pagi tadi"
"Saya tau..dah lama dah kan..dari sem lepas lagi say adah tau.."
"eh?? biar betul.."
"ayah dia memang dah lama meninggal..kamu baru tau pagi tadi?..cammana kamu ni..kawan dengan dia..tapi ayah dia meninggal lama..kamu baru tau pagi ni?.."
"Encik..bukan ayah dia...dia sendiri dah meninggal pagi tadi.."
"haa? Innalilah..."
"Saya pon mula mula cam tak percaya..tapi..tadi Pn Hanim,isteri Dr.Karim called saya..cakap..dia dah meninggal"
"Saya baru uruskan cuti satu semester dia tadi.."

* * * * * * *

Orang cakap..
kalau orang yang dah meninggal..
tak baik sebut sebut..
tak aman roh arwah..

Bukan tu niat aku..
Aku sekadar nak lepaskan perasaan sedih aku sebagai seorang sahabat...
Mungkin tak ramai yang tau aku rapat ngan dia..
Maybe budak2 seksyen aku jer yang tau..

"Erti kata sahabat ialah memberikan yang terbaik atas sesuatu yang dilakukan"

Aku doakan rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan para solehah..
Amin..

Khas buat sahabat dari sahabat..
Allahyarhamah Farah Zuria bt Zulkifli..
30 mei 1985-14 febuari 2005