Saturday, December 24, 2005

aku sebuah telefon bimbit second hand..

Namaku Nokia 3310. Hidupku bermula sebagai sebuah telefon bimbit second hand apabila aku dibeli oleh seorang lelaki pertengahan umur untuk anak lelakinya. Terasa diri ini masih berharga apabila beberapa helai ringgit malaysia bertukar tangan bagi memilikiku. maka mulai hari ini aku akan bertuankan seorang remaja belasan tahun yang baru mengenal teknologi komunikasi.

Kukirakan satu permulaan yang baik kerana sejurus tibanya ku ke rumah tuanku, aku ditanggalkan satu persatu untuk dicuci dan digilap. Selepas beberapa minit, alangkah terkejutnya aku kerana aku masih boleh kelihatan seperti baru. Aku tahu dia sayangkan aku.
Tetap berlaku salah faham apabila suaraku tidak kedengaran kerana talaan bunyi yang ditetapkan rendah disangka rosak oleh tuanku.Panik seketika tuanku dibuatnya. Aku tertawa. Lucu. Namun setelah berlakunya keserasian antara kami, segala salah faham dapat diselesaikan.

Selang beberapa minggu, LEDku kian malap. Demi sayangnya tuanku kepadaku, aku dibawa ke kedai aksesori. LEDku ditukar dari kuning malap ke warna putih. Badanku juga turut ditukar ke warna putih. Baru ku tahu, dia sukakan warna putih. Aku semakin dia sayang.Hari berganti hari, aku terus berkhidmat untuk tuanku menghubungkannya ke dunia telekomunikasi.

Suatu hari yang dingin, aku terpaksa diserahkan kepada ibu tuanku.Tuanku terpaksa mengambil telefon ibunya yang rosak untuk dijual bagi membeli telefon yang lain. Aku tahu tuanku cuba melindungku dari dijual. Semenjak hari itu, hidup aku tidak sesibuk ketika bersama tuanku kerana ibunya tidak berapa pandai menggunakanku.Mana tidaknya, tulisanku pun tidak berapa nampak olehnya. Aku tidak kisah. Selagi aku masih disayangi, itu sudah lebih dari cukup.

Terdengar juga khabar angin bahawa tuanku sudah memiliki beberapa telefon yang lebih cantik dariku. Terlintas juga rasa cemburu dihati. Tetapi perasaan itu lekas hilang apabila melihatkan tuanku yang sentiasa bertanyakan khabarku setiap kali dia pulang ke rumah.

Aku bertukar tangan lagi apabila ibu tuanku berhajat untuk mendapatkan sebuah telefon bimbit yang lebih comel dariku. Aku diserahkan kepada adik bongsu tuanku. Kufikirkan agak muda dan mentah baginya untuk menggunakan dan menghargaiku. Memang tepat jangkaanku, adiknya tidak berapa sukakan ku. Aku sedar, kian hari aku semakin lemah dan tidak mampu menahan bebanan penggunaan lebih masa. Jika tidak aku akan pengsan dan perlu disedarkan semula. Lumrah hidup. Yang tua akan lemah.

Namun hidupku sebagai telefon second hand berakhir apabila adik tuanku menjualku tanpa pengetahuannya bagi mendapatkan sebuah telefon yang lain. Disaat ini aku terkenangkan detik detik manis bersama tuanku. Aku rindu saat saat itu. Tapi apakan daya, aku hanya sebuah telefon, tidak dapat menyuarakan isi hatiku (erk..tepon ade hati ker?hiperbola betol)
Selepas ini ku hanya boleh berharap hidupku sebagai telefon third hand akan bahagia seperti dulu..

Karangan autobiografi..
teringat zaman sekolah rendah
jenis karangan favorite..
huhuhu

* * * * * * * *
Dulu..

"hmm.. abang..nak telefon yang mana satu..pilihla.."
"mmm..abang rasa abang nak tepon yang second hand ni je la..murah sikit..benda sama je.."
"takpe ke yang second hand?..tak cepat rosak ke?"
"tak kut..jenis ni tahan rasenye..kengkawan abang pakai sumer ok jer"
"hmm..kalo camtu takpela..bapak belikan la yang ni.."
"hehehehe..tenkiyuu"

Haritu..

"abang..adik dah jual telefon abang yang abang bagi dia pakai tu.."
"JUAL?..apasal dia jual pulak?"
"dia nak pakai telefon lain..dia jual telefon tu..dia tambah duit dia beli yang lain"

hmm..
walaupun dah lepas, dah dimaafkan,
tapi tidak untuk lupakan,
makin hari makin segar dalam ingatan

seumur hidup aku..
setiap benda yang aku pakai, aku tak pernah jual untuk dapatkan sesuatu yang baru sebab bagi aku setiap benda tu ada sentimental valuenya tersendiri.Lagi lagi kalau benda tu pemberian orang,dan lagi sedihnya pemberian dari seseorang yang dah tiada dalam dunia ini..

Tuesday, December 20, 2005

Nak ke tak nak..

aku taktau la nak bawak balik ke tak..
nampak cam dier dah sesuai je dok situ
tapi kalo tak bawak balik..
rase kosong pulak..



hehe..
beli ngan roomate dulu pon pasal sesaje nak eksen kat pompuan blok depan yang facing blok kolej aku yang tanam pokok kat para tingkap bilik dia..petang lepas beli tu, nampak pompuan tu siram pokok..kitorang jerit

"kitorang pon ader pokok laa"

pastu haram dier tak bukak tingkap dah..

sian..

sian kat pokok dia..

Juruterakah Aku?

Anda sepatutnya menjadi seorang jurutera jika:

1. Dalam dilemma semasa membuat pilihan samada untuk membeli bunga untuk buah hati atau meningkatkan RAM komputer anda...

2. Semasa menghabiskan masa belayar bersama sebuah kapal pelancongan, anda membuat lawatan peribadi ke bilik injin.

3. Semasa di kolej, anda merasakan cuti semester merupakan kegagalan fatik logam (metal fatique failure)..

4. Jurujual biasanya tidak dapat menjawab soalan anda....

5. Semasa pertunjukkan udara, anda bercakap mengenai kelajuan penerjun....

6. Anda menyimpan semua soket untuk peralatan elektrik yang sudah rosak...

7. Anda telah membuat rekaan yang cantik tapi masih mengubahnya...

8. Anda menghabiskan banyak masa dengan kalkulator dari cincin perkahwinan anda.

9. Komputer notebook anda melebihi harga kereta anda....

10. Anda cuba membaiki radio yang berharga RM5......

Anda faham? Anda layak jadi engineer
huhuhu

Monday, December 19, 2005

Singa oh singa..

Singa zaman dahulu kala..

Serabut,kusut masai..ntah ntah ader kutu..

singa di zaman millenium!

Rambut cacak cacak..tajam ke depan..

Rambut belah tengah..huhuhu..mat jiwang karat siot..


Rambut sikat ke belakang..ala ala hero hindustan..


heh
memang tader kejer pon..
teringat iklan syampu kat traffic light simpang ujung tu jer..
gambar singa ngan rambut terurus giler cam wat teknik rebonding..
pergh..stylo abes..
rambut belah tengah gua cakap luu..

Saturday, December 17, 2005

Baik punya cilok..!

kalau belibenda benda murah, ciplak
kite slalu jumpe tag ni
"Made in china"..

arini..
bukannye cd atau electronic/electric appliance lagi yang deorang ciplak..
tapi keter!

Honda CR-V/Laibao SR-V

Chevy Spark /Chery QQ




Mercedes Benz C-Class/ GeelyMerie (geliii)



teringat cakap lab technician yang penah pegi China dulu..

"paling lama kilang kompeni luar boleh hidup kat china,2 tahun je..lepas orang orang china ni dah tau sumer pasal kilang tu..dia bukak kilang dia sendiri, buat benda yang sama, sebelah kilang tu..memang gomen deorang support pon"

huhuhu..
piracy heaven!
fully supported by government!

INTERVIEW REJECTS

Story I
E: Do u have a boyfriend?
C: I have.
E: Is he working Locally?
C: No. He is working Overseas.
E: Sorry, my company cannot employ u!
C: Why?
E: U will not be able to settle down here permanently.
And my Company don't want to pay extra expenses on the
overseas calls just because of u.

Story II
E: Any girl friends?
C: No!
E: So far chased any before?
C: Have, but not successful.
E: Ever think of getting a job first then start looking for a girlfriend?
C: Career is first priority. Currently didn't want to consider
This personal issue!
E: Sorry, my company cannot employ u.
C: Why?
E: You are lacking of P.R skills and confidence!!

Story III
E: Any girlfriends?
C: Yes.
E: Is she pretty?
C: Not quite.
E: Sorry, my company cannot employ you.
C: Why? Will this affect your company's reputation?
E: No, it does not affect the company's reputation but because
my company is dealing with arts, our company requested an artist.

Story IV
E: Any girlfriends?
C: Yes.
E: Is she pretty?
C: Yes.
E: Is she your first lover?
C: Yes.
E: Sorry, we can't employ you because you lack of fighting spirit.

Story V
E: Any girlfriends?
C: Yes.
E: Is she your first lover?
C: No. Have a few already.
E: Sorry, my company cannot employ you because
you are a "grasshoper"! (Job hoper lah!)

Story VI
E: Any boyfriends?
C: Yes.
E: Is he rich?
C: No.
E: Then sorry, my company cannot employ you because our
company is dealing with money and you will seduce.

Story VII
E: Any boyfriends?
C: Yes.
E: Is he rich ?
C: Yes, very rich.He owns a company.
E: Sorry, we cannot employ you because your boyfriend don't even
want to employ you, neither do we!
C: But,...... there is no position in his company.
E: Then,..... what is your qualification?
C: Secretary!
E: Sorry, we still cannot employ you because your prettiness
will affect our managers' working spirits.
C: But,...... I am not pretty at all.
E: It is even worse because my managers will not be interested In you!!

heh heh heh..
another copy-paste job..
specially dedicated to ms.azya yang tak lame lagi nak gi cari keje..

p/s:
lepas dapat keje jangan lupe belikan 'ikan' kat saye..
hehehehe..

Friday, December 16, 2005

speechless..

I hope you’re doing fine out there without me
‘Cause I’m not doing so good without you
The things I thought you’d never know about me
Were the things I guess you always understood
So how could I have been so blind for all these years
This I only see the truth through all this fear living without you

And anything I have in this world
And all that i'll ever be
It could all fall down around me
Just as long as I have you right here by me

I can’t take another day without you
‘Cause, baby, I could never make it on my own
I’ve been waiting so long just to hold you
And to be back in your arms where I belong
I’m sorry I can’t always find the words to say
Everything I’ve ever known gets swept away
Cause I don’t go a lot