Sunday, November 20, 2005

Mengapa Ibu Menangis ?

Suatu ketika, ada seorang anak lelaki yang
bertanya kepada ibunya.
"Ibu,mengapa ibu menangis ?"
Ibunya menjawab,
"Sebab ibu wanita"
"Saya tidak mengerti" kata si anak lagi.
Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat.
"Nak, kamu memang tidak akan mengerti......"

Kemudian, anak itu bertanya kepada ayahnya.
"Ayah, mengapa ibu menangis ?"
Si ayah menjawab,
"Semua wanita memang menangis tanpa ada alasan."
Hanya itu jawapan yang dapat diberikan oleh
ayahnya.

Lama kemudian, si anak itu menjadi remaja
dan tetap bertanya-tanya, mengapa
wanita menangis. Pada suatu malam, ia
bermimpi dan mendapat petunjuk
daripada Allah mengapa wanita mudah sekali
menangis.

Saat Allah menciptakan wanita, Dia membuat
menjadi sangat penting. Allah ciptakan bahunya,
agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya.
Walaupun, bahu itu cukup nyaman dan lembut untuk menahan
kepala bayi yang sedang tidur.

Allah berikan wanita kekuatan untuk melahirkan zuriat
dari rahimnya.Dan sering kali pula menerima cerca daripada
anaknya sendiri......

Allah berikan ketabahan yang membuatnya tetap bertahan,
pantang menyerah di saat semua orang berputus asa.

Wanita, Allah berikan kesabaran, untuk merawat keluarganya
walau letih,sakit, lelah dan tanpa berkeluh-kesah.

Allah berikan wanita, perasaan peka dan kasih
sayang untuk mencintai semua anaknya, dalam situasi apa pun.
Biarpun anak-anaknya kerap melukai perasaan dan hatinya.

Perasaan ini memberikan kehangatan kepada
anak-anaknya yang ingin tidur.
Sentuhan lembutnya memberi keselesaan dan
ketenangan.

Dia berikan wanita kekuatan untuk
membimbing suaminya, melalui masa
kegentiran dan menjadi pelindung baginya.
Bukankah tulang rusuk suami yang
melindungi setiap hati dan jantung wanita ?

Allah kurniakan kepadanya kebijaksanaan
untuk membolehkan wanita menilai
tentang peranan kepada suaminya. Seringkali
pula kebijaksanaan itu menguji
kesetiaan yang diberikan kepada suami agar
tetap saling melengkapi dan
menyayangi.

Dan akhirnya, Allah berikannya airmata agar
dapat mencurahkan perasaannya.
Inilah yang khusus Allah berikan kepada wanita,
agar dapat digunakan di mana ia inginkan.

Hanya inilah kelemahan yang dimiliki wanita,
walaupun sebenarnya, airmata!
Inilah airmata kehidupan.

Friday, November 18, 2005

ntahapeapentah..

Tak selesa,
hilang mood,
rase nak makan orang,..

baru sampai library..
nak study applied mech.
tau tau..
pencil case tak bawak..
A4 paper tak bawak..
calculator tertinggal..
nota gear ngan certain bab yang target nak cover arini..tertinggal jugak..
nak patah balik..?
sampai bilik japgi confirm tak keluar balik dah..
jauh tu..
setengah jam jalan..

serba tak kena jadinya..
nak study bab lain..
tenung tenung..
tatau nak start cammane..

kirim si ApisYa soh bawak datang library..
tau tau hujan lebat pulak..
hmm..
apela dugaa harini..
sabau jelah..

exam lusa plak tu..
isk..
banyak lagi tak cover neh..
Strength punye paper isninnye pulak..
masa dah suntuk..

tak tido la malam ni jawabnye..

Thursday, November 17, 2005

Sepetang

Ada la satu petang tu..
entah macam mana boleh masuk topik ni..

"Orang bertunang mana ada lama-lama la wak..selalunye 3-4 bulan je.."

"ohoo ye ke..tak pernah tau la pulak..Sebenarnye bertunang ni untuk ape yek?"

"entahla..saye pon tatau.."

"agaknye bertunang ni kira cam booking la..hantar cincin tunang tu kire cam bayar downpayment..kan?..Pastu bila dah baya downpayment, kene tunggu order
dulu dalam 3-4 bulan..pastu bila dah ada stok,kita pon dah confirm nak beli..Boleh la wat full settlement.Kire hantaran kawen tu la full settlement..pastu leh bawak balik..leh basuh, tinted, tuka sport rim.."

"awak citer ape ni?"

"Aaa..beli keter!"

"awak ingat saye keter ke?.."

hehe..

Ye ye..tau dah ape mak nak kate..
-'hingus tak kering lagi nak citer pasal kawen kawen..'
betul tak?
kan mak kan?
kan kan?

* * * * *

Ideologi seorang kawan..

"ada 2 jenis sekolah je kat malaysia ni..
SBP & SBB"

SBP -Sekolah Budak Pandai
SBB -Sekolah Budak Bodo

ade ke pulak?

Sejenak semalam



Dan jika hari ini adalah semalam
pastiku pungut setiap saat itu
pastiku kaut setiap detik itu
pastiku genggam setiap waktu itu
dan akhirnya pasti ia akan membunuhku

daerah kenangan itu
kadangkala bisa membawaku jauh
sejauh burung berterbangan

berhinggap pada pohon nan rimbun
rimbunnya meneduhkan dikala hujan dan panas
keteguhannya melindungi dari ribut dan taufan
fotosintesisnya memberi udara yang menyamankan
keutuhan dahannya menjadi pautan segala jenis hidupan
hilangnya bisa menggugat keseimbangan
yang akhirnya bisa menghancurkan

Menyedari jauhnya semalam itu
membawaku kembali ke hari ini
dan setiap langkah semalam itu
mungkin akan memberi makna
mungkin membongkar seribu rahsia

jika usiamu masih muda,
senangkanlah juga hatimu
kerana perjalanan itu masih jauh
masih banyak perkara bakal ditempuh
dengan semangat yang utuh dan hati yang tenan
g

Friday, November 04, 2005

Berapa banyak maaf daaa?

maaf
maaf maaf
maaf maaf maaf
maaf maaf maaf maaf
maaf maaf maaf maaf maaf
afmaaf maaf maaf maaf maaf maafma
dimana-mana
penuh dengan maaf
posmen membawa maaf kesana-sini
Amboi! beratnya maaf
diserangnya pejabat pos bertubi tubi
maaf bermaharajalela
bila orang berjumpa
maaf melompat dari mulut ke mulut
tersembur sembur maaf
tangan bersalam tangan berlumur maaf
maaf zahir batin
maaf zahir batin
seronoknya maaf melompat lompat
berlari lari terbang berlayar
seronoknya maaf-maaf
maaf-maaf dari seluruh dunia berjumpa
bagaimana agaknya maaf-maaf itu?

Stolen from
Dr.Abd Halim's notice board

Selamat Hari Raya Aidil Fitri
Maaf Zahir Batin