Monday, February 27, 2006

P.E.R.E.M.P.U.A.N

Perempuan ni best kan..

"Awak..saye nak air mineral la, dahaga"
"Awak, dah lame kite tak makan McD kan?"
"Awak, saye teringin nak makan TofiLuck tuu.."
"Awak, saye nak itu.."
"Awak saya nak ini.."

jawapan dia satu jer

"Ye la..nanti japgi saya belikan"

Cuba kalau..

"awak..saya teringin la nak rasa choc putih tu..rasa dia cammaner eh?"
"awak nak ker?..awak beli la sendiri"
"err..mesti mahal kan..takpe lah..tak bebaloi laa.."

Pulak dah..?

lalala...

Hari ni memang best..
sumenyer best..

PAGI pagi lagi aku dah bangun, sebelum telefon cabuk tu bangunkan aku.Hehe..nak tunjuk perasaan kat roomate punye pasal.Dia ingat aku harap sangat nak tumpang motor awek dia tu. Dalam ati menyesal gak.Hehe.. Malas jugak nak jalan kaki sebenarnye. Tapi semangat tunjuk perasaan punye pasal, aku jalan gak. Tapi baru nak keluar kolej, bas fakulti lalu.. Muakakakaka..naik bas le teman..Peluh setitik pon tak..mengigil lagi ader..sejuk nak mampos air-cond dier..

PAGI DEKAT TENGAHARI, ntah aku pon tatau camaner, soklan tugasan pepejal yang aku buat 2-3 kali tak jadi-jadi semalam, senang-senang je aku buat pagi in. Exactly cam jawapan plak tu..Tak sempat nak simpan, cik abEjan dah sengih sengih cam kerang busuk kat depan..

"Pinjam kat saye wak eh..saye buat tak dapat la"

TENGAHARI SIKIT, aku gi cari Dr.Rafiq. At last, ade jugak YB nih kat bilik.Agak tekejut jugak la dier tengok aku, pasal dia ingat aku dah tak datang cari dia lepas dekat sebulan aku tinggal note kat pintu bilik dia.

mana mau lari aaa?

Tapi tu pon banyak jugak alasan dia bagi, nak tolak jadi penasihat kelab..

"Dr.Rafiq, saya Fawzan Aziz, Presiden Kelab Bahan. Ni pasal penasihat kelab tu.."
"oho..Fawzan..come in.."
"Last time saya punye assistant ada datang jumpa Dr kan? Dr cakap suruh deorang cari Dr. Astuty dulu kan?.So saya dah dapat final word dari Dr Astuty dan dia kata dia tak boleh nak terima jawatan tu pasal dia banyak komitment. So sekarang macamana dengan Dr.?"

dia diam, tengok laptop dia. Ape dia tengok tah..
dia tenung aku..
Hek eleh..dia ingat aku takut dia tenung aku?
Aku tenung balik..senyum..hehe..melawan..!
kena tunjuk berani+yakin sikit, baru dier takleh counter..

"Hmm..why you choose me instead of other materials lecturer?"
"Actually, before this, saya dah discuss dengan ketua jabatan, Dr.Nasir Tamin, dan dia cadangkan 2 nama, that is you, and Dr Astuty. Since Dr.Astuty dah tolak, it's look like only you left in this 2 prefered lecturer."Rojak pasembor yeah..!

dia tenung aku lagi..
cet..tader cara lain ke nak psiko aku?
come on la..tenung la lelame mata bersinar ni..
jangan jatuh hati sudah..

dia ambik kertas sehelai,
dia list down sumer pensyarah bahan.
pastu dia potong satu satu nama tu
pastu yang nama yang tinggal, dia tanya kat aku..

"Dr. Nasir?"
"Dr.Nasir kan ketua jabatan..for sure dia laaagi sebok"
"hmm..what about Dr Jasmi?"
"Dr. Jasmi is our former advisor. Dr Nasir suruh cari yang lain"
"Dr Esah?"
"Dr.Esah bukan dah naik jadi timbalan dekan ke?.Boleh ke jadi penasihat kelab?"
"Dr. Dodi..no..no..Dr Dodi will be going back to Indonesia next year"

Dah potong semua nama, tinggal nama dia jer..hehe

"so its look like nama Dr. je yang tinggal.." sengih..
"Yeah.. its look like I have no choice..but I'm afraid if I contribute nothing to the club"
"Why dont kita try dulu..No harm in trying right?"
"What if I'm busy with my commitment?"
"We can communicate by phone right?"
"hmm..ok"
hehehe..dah surrender?
"By the way, can I have your phone number?"
"Of course..013-********. I want a comfirmation letter on this from Dr Nasir"
"Ok. I will let he know."
"When is our AGM?"
"actually, we have done our AGM a week before semester break."
"so you are the new president?"
"Yup.."
"ok..so good luck.."dia tenung lagi kat aku

Aik..semacam je good luck tu..

"so ada apa apa lagi tak? saya ade kelas lepas ni, minta diri dulu la ye.."
"ok..ok..nevermind.."

hahaha..takleh aa nak counter aku..

PETANG SIKIT, jumpa Dr Nasir pulak. Semuanye dah settle, so dia suruh terus fikirkan program+sikit advice on macamana nak deal ngan syarikat luar untuk factory visit os something yang seangkatan..

So..happy la gamaknye hati aku hari ni..kerja dah settle..pasni, giliran askar askar bawahan pulak buat kejer..Aku nak rilex pulak!

Friday, February 24, 2006

Tenang

Apa yang membuatkan kau tenang?

Shopping?
Suasana sunyi?
Tengok muka boyfriend/girlfriend?
bawak keter lelaju?
Kira bulu kambing?
Memancing?
Basuh baju?
Makan banyak banyak?
Tido?

Aku?

Duduk depan PC yang ada internet connection, surfing internet sambil menikmati alunan lagu sentimental tanpa sebarang gangguan..Lagi best kalo ader fries ker, kopok ker..ape ape jelah yang bole kunyah..

Yeah..thats me..
really really ME..


Your head lar...

TEACHER : Why are you late?
BALGOBIN : Because of the sign.
TEACHER : What sign?
BALGOBIN : The one that says, "School Ahead, Go Slow."

TEACHER : Balgobin, why are you doing your math sums
on the floor?
BALGOBIN : You told me to do it without using tables!

TEACHER : Balgobin, how do you spell "crocodile"?
BALGOBIN : "K-R-O-K-O-D-A-I-L"
TEACHER : No, that's wrong
BALGOBIN : Maybe it's wrong, but you asked me how I spell it!

TEACHER : What is the chemical formula for water?
BALGOBIN : "HIJKLMNO! "!!
TEACHER : What are you talking about?
BALGOBIN : Yesterday you said it's H to O!

TEACHER : Balgobin, go to the map and find North America.
BALGOBIN : Here it is!
TEACHER : Correct. Now, class, who discovered America?
CLASS : Balgobin!

TEACHER : Balgobin, name one important thing we have
today that we didn't have ten years ago.
BALGOBIN : Me!

TEACHER : Balgobin, why do you always get so dirty?
BALGOBIN : Well, I'm a lot closer to the ground
than you are.

BALGOBIN : Dad, can you write in the dark?
FATHER : I think so. What do you want me to write?
BALGOBIN : Your name on this report card.

TEACHER : How can you prevent diseases caused by biting insects?
BALGOBIN : Don't bite any.

TEACHER : Balgobin, give me a sentence starting with "I".
BALGOBIN : I is... TEACHER ! : No, Balgobin.Always say, "I am."
BALGOBIN : All right... "I am the ninth letter of the alphabet."

TEACHER : "Can anybody give an example of "COINCIDENCE?"
BALGOBIN : "Sir, my Mother and Father got married
on the same day, same time."

TEACHER : "George Washington not only chopped down his father's
Cherry tree, but also admitted doing it. Now do you know
why his father didn't punish him?"
BALGOBIN : "Because George still had the axe in his hand?"

BALGOBIN : Daddy, have you ever been to Egypt?
FATHER : No. Why do you ask that?
BALGOBIN : Well, where did you get THIS mummy then?

TEACHER : What a pair of strange socks you are wearing,
one is green and one is blue with red spots!
BALGOBIN : Yes it's really strange. I've got another pair just
like that at home.!

TEACHER : Now, children, if I saw a man beating a donkey and
stopped him, what virtue would I be showing?
BALGOBIN : Brotherly love?

TEACHER : Now, Balgobin, tell me frankly do you say prayers
before eating?
BALGOBIN : No sir, I don't have to, my mom is a good cook.

TEACHER : Balgobin, your composition on "My Dog" is exactly
the same as your brother's. Did you copy his?
BALGOBIN : No, teacher, it's the same dog!

TEACHER : What do you call a person who keeps on talking when
people are no longer interested?
BALGOBIN : A teacher

Monday, February 20, 2006

Yesterday..

pix hasil dari dinner last night,
Penajaan malam ini adalah khas buat cik Noor Afzan yang teringin nak makan kat meja bulat

"Kadett...!Line up..Nak amik attendence..Dari kiri..Nombor!"

"heh..sorry aah abg lut..kat table nie punye girls sumenyer dah berpunye..heheh"

Barisan mat mat jiwang bersama pasangan masing masing


Marwan same bapak cakap
"Gua steady beb..nanti awek sebelah ni gua tackel"

Wednesday, February 15, 2006

Majlis Anugerah Tun Razak

I'm going to a dinner this saturday.
Sesaje jer. Bukan ade kena mengena dengan anugerah tu pon. Tapi sebab sesaja nak bawak cik Noor Afzan tu merasa pegi formal dinner.

"Saya tengok bebudak ni pegi dinner Palapes bawak partner memasing, teringin saye nak pegi. Tapi awak tu bukannye Palapes.."

Aku book satu meja.
10 orang. Aku, Apiya,Azhar ngan partner memasing. Then, aku offer kat Abang Lut. Suruh dia bawak partner sekali. Since awek dia study kat Uitm Shah Alam, so dia tak confirm la nak bawak. So aku offer la kat kengkawan. So yang confirm nak pegi, Ujang ngan bapak.Marwan tak confirm lagi. Takut mak dia datang dari Terengganu.Tapi ada satu malam tu Abg Lut SMS aku

"ada tempat kosong lagi tak. Abg nak bawak kawan sorang?"
"takde, dah penuh, tapi ader sorang member tu tak confirm lagi. Nak bawak sape? Laki/pompuan?"
"Pompuan..awek abang"
"ok..takpe la..meh nama penuh dia"
"mm..jap..abang tanya dia.."

lama jugak la aku tunggu dia msg aku balik..

"takpe la zan..dia merajuk pulak sebab tak ingat nama dia"

heehehe..
ape daa..nama awek pon tak ingat..

Sibuk..

Macam nak pecah kepala.
3 killer subject punya test sekali harung. Starting ngan jumaat malam, Fluid Mech II, ahad pagi, Strength II, dan semalam, Thermodynamics II. Kalau jumpa senior memang deorang cakap kitorang gila khinzir. Ambik tiga subject part II sekaligus. Yang ambik 2 subject tu pon ader yang nyawa nyawa ikan. Ape lagi la kalau ambik 3 sekaligus.Aku jawab senang je.

"Kitorang bebudak bahan memang survivor. Pantang mengalah.."

Heh..cakap..pakai air liur memang la senang..

Hari ni lega sikit. Lepas habis test semalam, ringan sikit kepala rasanya..
Bilik dah macam tongkang pecah.Bau tu jangan cerita la, masam, kepam semua ada. Tak sempat nak kemas. Baju nak basuh penuh sebakul.

Baru lepas board meeting td. Materials club. Sasau jugak la jadinye. Selama ni aku buat tak kisah je. Ye la..ikut arahan je. Deorang suruh berlari, aku lari. Deorang suruh merangkak, aku suruh deorang merangkak dulu..hahaha..La ni aku yang kena bagi arahan. Dengan anak buah yang banyak kerenahnya.

Committee member dalam kelab aku ni ada 9 orang je termasuk aku la. 8 daripadanya member sekelas aku dan sorang lagi amoi cina junior.Si amoi ni , bila aku tanya bila ada masa free nak suruh buat kerja, tak pernah ada masa free nye.Sibuk memanjang. Nak ngelat la tu.Aku dah takleh buat apa. Kena tegas sikit.

"This is not a favour. This is an order. I dont want to hear any excuses.FULLSTOP"

Tau dia diam.Mengalah.
ceh..cam serius+garang je aku ni..
Member member tengok pon tahan gelak jer..lepas abis meeting tesembur abis semua.Nasib baik deorang pandai kontrol serius.Kalau deorang gelak dalam meeting, mau aku tergelak sekali.Saje je buat gitu. Dah junior nak tunjuk terer sangat. Dia ingat dia sorang yang sibuk tak tido malam. Piiirah..

Kejap lagi nak pegi pejabat HEP. Cuba nak daftar kelab bawah HEP sebagai kelab bebas.
Sebelum ni kelab bersekongkol dengan 2 kelab yang lain bawah satu nama. PETERA. Stand for PErsatuan kejuruTEraan jenteRA.Tapi since masa zaman kepimpinan seorang makhluk perempuan berbangsa india yang gila nama aje dan tak buat apa apa, kelab tu jadi senyap sepi, tak dengar cerita. And the latest one, ada rumours cakap PETERA dah kena bubar. Perwakilan mahasiswa datang cari aku, advice daftar kelab direct bawah HEP. On the same time, aku ngan vice president secara automatik jadi rakan exco majlis perwakilan mahasiswa.

Yang last tu yang aku tak berapa suka.Bila dah jadi rakan exco, makin dekat la jadinye ngan MPM ni. Actually aku tak berapa suka dengan pucuk pimpinan MPM yang ada sekarang, sebab deorang ni ada kaitan dengan parti politik luar.Tak best la macamtu kan..?

Dan yang menjadi masaalah kat aku sekarang ni ialah, jawatan penasihat kelab yang masih dalam kekosongan lagi.Ketua jabatan dah bising dah.Dr. Astuty dah tolak, dan yang tinggal sekarang, Dr. Rafiq. Dr. Rafiq ni pulak, punye la susah nak jumpa dia. Cam nak jumpa menteri besar je rasa. Sampai harini, tak berbalas lagi memo yang aku tinggal kat pintu bilik dia.

Nak je aku cabut pintu bilik dia tu. Nanti lepas tu biar dia pulak yang cari aku. Puas hati..

Bila aku sibuk-sibuk macamni,
bila aku mengadap soalan-soalan test subject killer tu,
bila aku mengadap lecturer tu, proffesor ni, doktor tu, Prof.Madya ni..

aku mula terfikir..
siapa la agaknya aku ni 5 atau 10 tahun akan datang.
macamana la agaknya keadaan aku waktu tu.
dapat ke aku kejar impian aku..
dapat ke aku buat sesuatu yang aku betul betul minat..
macamana keadaan keluarga aku, adik beradik aku,
mak, kakak, adik, uda..

Huhh..
Kita tunggu dan lihat..

Saturday, February 11, 2006

Babi

Kau tau ape itu babi?
Babi atau dalam bahasa halusnya, khinzir ialah sejenis haiwan ciptaan Allah, yang dikelaskan sebagai najis mughalazah atau najis berat dalam Islam.Jika seorang islam itu,terpegang,tersentuh,apatah lagi tercium dan terpeluk seekor babi,serta apa sahaja yg berkaitan dengan makhluk Allah itu,maka hukumnya, perlulah disamak bahagian yang berkaitan itu.

Kalau termakan, kau samak la semua sistem pencernaan kau..Makan tanah la kau..

Namun perlu diingat, babi itu juga ialah makhluk tuhan. Jika seorang islam itu memberi makan atau minum kepada seekor babi yang dahaga atau kelaparan, ia bukanlah satu kesalahan yang besar bahkan ia adalah satu perkara yg baik sebab membantu makhluk Allah yg dalam kesusahan.

Kalau ada seekor babi melintas jalan, berilah ia satu lintasan
kalau ada seekor babi nak berlari, biarkan ia berlari
Kalau ada seekor babi sedang makan, jangan la kacau die..

Pendek kata, babi ini masih lagi seekor makhluk Allah..
Yang haram cuma sentuh,peluk,cium dah seangkatan dengannya terhadap babi itu sendiri dan segala buangannya

Namun, tetap ada yg salah anggap terhadap makluk Allah ini. Mereka memandang hina kat semua keturunan babi..

Bayangkan betapa malunya seekor anak babi hingga tertunduk ketika berjalan apabila tahu orang semua panggil mak dan ayahnya 'babi'

Bagi mereka ini,apa saja yg berkaitan dgn babi itu haram, ..

Contohnya..
Ibu bapa zaman millennium sekarang ni..

Cuba kalau anak dia sebut tenuk ke, tapir ke,lembu ke, gajah ke..Deorang buat tak kisah je..

Cuba kalau anak dia sebut..

"...babi"

huish..
Pantang nenek moyang..
Mau makan penampar/kena cili mulut anak dia tu..

Mulut cabul katanya..

Kenapa eh?
Haram ke sebut babi?